Filipina catat 7,103 kes baharu

MANILA 19 Mac – Jumlah kes jangkitan positif Covid-19 di Filipina meningkat kepada 648,066 orang selepas 7,103 lagi kes baharu direkodkan dengan kes aktif sebanyak 73,264 orang.

Setakat pukul 4 petang ini juga, Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan 390 orang sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih 561,902 atau 86.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Pada masa yang sama seramai 13 orang lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 12,900 kematian.

Related posts

Leave a Comment