12 kluster baharu, 427 aktif

PUTRAJAYA 19 Mac – Dua belas kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,288 kluster di mana daripada jumlah itu, 861 kluster tamat termasuk 13 hari ini manakala 427 kluster masih aktif.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Indah Utama, Kluster Perindustrian Fasa Dua, Kluster Kampung Teluk, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Subang Delima, Kluster Batu 20, Kluster Santong Paka, Kluster Batu Tiga Setengah, Kluster Industri Puchong, Kluster Jalan Galah, Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Jalan Kota Murni, dan Kluster Tapak Bina Jalan Tandok.

Sebanyak 64 kluster menambah kes baharu dan antara klister yang mencatatkan pertambahan kes adakah Kluster Depot Imigresen Semuja (146 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (94 kes), dan Kluster DTI Juru (89 kes).

Sementara itu kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini melibatkan 10 kluster tempat kerja dan dua kluster melibatkan pusat tahanan.

  • KLUSTER SUNGAI BERUMBUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-292776) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.  Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Sungai Berumbung, Simpang Renggam, Kluang. Sehingga 19 Mac, sejumlah 27 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LORONG USAHA UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-325402) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Usaha Utama, Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nenas, Kulai. Sehingga 19 Mac, sejumlah 36 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DAHLIA 22

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-326722) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Dahlia 22, Taman Cempaka, Johor Bahru. Sehingga 19 Mac, sejumlah 421 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI SOFA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang perabut yang terletak di Tangkak. Sehingga 19 Mac, sejumlah 209 individu telah disaring, di mana 55 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BESAR KEPONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327883) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Besar Kepong. Sehingga 19 Mac, sejumlah 38 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DAUN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; serta daerah Gombak dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321799) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti alamat kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Daun Inai 7, Kepong. Sehingga 19 Mac, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER LORONG NIBONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-329042) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Lorong Nibong, Taman U-Thant, Titiwangsa. Sehingga 19 Mac, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN HEMISFERA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Hemisfera, Shah Alam. Sehingga 19 Mac, sejumlah 119 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN CYBERSOUTH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Cybersouth, Sepang. Sehingga 19 Mac, sejumlah 17 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BANDAR BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Hulu Selangor di  Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Bandar Baru Sungai Buloh, Petaling. Sehingga 19 Mac, sejumlah 686 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DTI JURU

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di Depot Tahanan Imigresen Juru, Simpang Ampat, Seberang Perai Tengah. Sehingga 19 Mac, sejumlah 393 individu disaring, di mana 167 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DTI JALAN DUTA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Empat kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-326777 hingga kes ke-326780) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.  Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan di Depot Tahanan Imigresen Jalan Duta, Kepong. Sehingga 19 Mac, sejumlah 68 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment