Indonesia tambah 6,279 kes baharu

JAKARTA 19 Mac – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan pertambahan 6,279 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 1,450,132 dengan kes aktif sebanyak 131,828.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 1.278.965 dengan penambahan 6,007 kes baharu pesakit yang pulih.

Kematian turut meningkat apabila 167 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah korban Covid-19 setakat ini sebanyak 39,339 orang atau 2.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Bagi kes positif, Jakarta menambah 1,588 kes dengan kumulatifnya 367,007 diikuti Jawa Barat 1,361 (238.612 kes), Jawa Tengah 611 (164.071), Banten 324 (34.156) serta Jawa Timur 305 kes dan kumulatifnya 136,108.

Jakarta juga merekodkan kes sembuh harian tertinggi dengan 1,173 dan kumulatifnya 353,960 diikuti Jawa Barat 957 (206.323), Jawa Tengah 855 (118.446), Banten 545  (27.313) dan Jawa Timur 299 dan kumulatifnya 124.343 orang. 

Jawa Tengah pula merekodkan 51 kematian dengan jumlah kumulatif 7,123 diikuti Jawa Timur  40 kes (9.618), Jawa Barat 34 ( 2.889), Jakarta 21 (6.162), serta Bali sembilan kes dan kumulatifnya 1.054 kes.  

Sementara itu jumlah penerima program vaksinasi Covid-19 meningkat kepada 4,959,063 termasuk 120,311 orang yang disuntik vaksin hari ini manakala 2,068,400 orang menerima vaksinasi kedua.

Related posts

Leave a Comment