Trump tolak cadangan Iran buka Selat Hormuz

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menolak cadangan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz kepada perkapalan komersial dalam tempoh tujuh hari, sambil menyifatkan tawaran itu tidak dapat diterima.

Menurut Trump Iran kini berusaha mencapai perjanjian selepas berdepan tekanan akibat konflik yang berlarutan sejak Februari lalu.

“Mereka mahu membuat perjanjian dan saya juga suka membuat perjanjian. Tetapi perjanjian itu tidak boleh diterima,” katanya kepada pemberita di White House.

Sebelum ini, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bahawa Selat Hormuz boleh dibuka semula dan laluan perkapalan dipulihkan dalam tempoh seminggu sekiranya syarat tertentu dipenuhi.

Menurut beliau, syarat berkenaan telah pun terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua-dua negara pada Jun lalu.

Trump menegaskan Amerika Syarikat (AS) kini mempunyai “kawalan penuh” ke atas selat itu dan mendakwa sejumlah besar minyak masih berjaya melalui laluan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata Tehran bersedia kembali kepada syarat yang dipersetujui sebelum ini jika Washington menghormati kandungan MoU berkenaan.

Related posts

Leave a Comment