Sarawak mendahului Selangor

PUTRAJAYA 19 Mac – Sarawak mendahului kes jangkitan harian Covid-19 hari ini  ini dengan merekodkan 407 kes, satu peningkatan berbanding 303 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 382 kes  adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Selangor pula berada di kedudukan kedua dengan 348 kes, berbanding 353 semalam manakala Pulau Pinang merekodkan 182 kes.

  • Sarawak: 407 kes
    • 221 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 161 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 348 kes 
    • 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru, Kluster Persiaran Hemisfera, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth;
    • 189 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 182 kes
    • 118 kes daripada kluster-kluster, termasuk 89 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Juru;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 175 kes
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lorong Nibong, Kluster Jalan Besar Kepong, Kluster DTI Jalan Duta, dan Kluster Jalan Daun;
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 10 kes import dari luar negara; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 137 kes
    • 77 kes daripada kluster-kluster, termasuk 58 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Sofa, Kluster Lorong Usaha Utama, Kluster Sungai Berumbung, dan Kluster Jalan Dahlia 22;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Perak: 100 kes
    • 96 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua  kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Dua kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment