Tambahan kes baharu di Saudi

RIYADH 19 Mac – Ada tambahan 10 kes baharu Covid-19 di Arab Saudi hari ini apabila rekod Kementerian Kesihatan menunjukkan kes jangkitan sebanyak 391 berbanding 381 yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dalam tempoh 24 jam yang lepas, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 384,271 dengan kes aktif 3,811 di mana 574 dalam keadaan kritikal.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak lima lagi pesakit Covid-19 disahkan meninggal dunia berbanding enam semalam menjadikan jumlah kumulatif 6,596 kematian.

MoH juga merekodkan 263 kes sembuh, sedikit tambahan berbanding 240 semalam dan ini membawa kepada 373,864 pesakit dilaporkan pulih.

Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi apabila merekodkan 159 kes, meningkat dua kes berbanding 157 semalam diikuti daerah Makkah 69 dan daerah Timur 66 kes.

Related posts

Leave a Comment