Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 17 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan sedikit peningkatan apabila merekodkan 393 kes berbanding 354 semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 383,499 dengan tujuh lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,585 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 373,361 orang termasuk 231 orang yang sembuh hari ini. Kes aktif pula 3,553 dan 566 daripadanya dalam keadaan kritikal. Riyadh terus mencatatkan jumlah kes yang tinggi dengan 144 kes diikuti Makkah 80 dan daerah Timur 70…

Read More

Sembilan kes import di Singapura

SINGAPURA 17 Mac – Sebanyak sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumkah keseluruhan 60,137 dengan jumlah kematian kekal 30. Menurut Kementerian Kesihatan, kesemuanya adalah kes import yang telah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini. Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan buat hari kelima berturut-turut. Kes melibatkan rakyat Singapura yang pulang dari Indonesia, seorang lagi adalah pemegang pas kerja yang tiba dari Nepal. Baki tujuh kes merupakan pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, Indonesia, Malaysia dan Filipina, di mana…

Read More

Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 17 Mac – Kes sembuh Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan 9,010 orang mengatasi jumlah kes positif harian yang direkodkan  sebanyak 6,825. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 1,266,673 atau 88.1 peratus dari keseluruhan kes manakala kes positif meningkat kepada 1,437,283. Bagi kes kematian pula, sebanyak 162 orang meninggal dunia dan menjadikan kumulatifnya 38,915 kematian atau 2.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes. Terdapat lima wilayah yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu  Jawa Barat 4,150 dan kumulatifnya 204,196, Jakarta 1,124 (351,619), Banten 790 (26,163), Jawa Tengah 748 (116,702) dan…

Read More

Masjid, surau di WP kembali normal

PUTRAJAYA 17 Mac – Aktiviti ibadah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan kembali kepada ‘normal’ dengan penjarakan fizikal mulai esok, 18 Mac. Ini bermakna bilangan jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan aktiviti pengimarahan masjid dibenarkan mengikut ruangan masjid serta surau. Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail, kebenaran itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. Bagaimanapun jelasnya, penjarakan fizikal 1.5 meter masih perlu diamalkan setiap jemaah. Bagi aktiviti pengimarahan, masjid dan surau…

Read More

Bantuan RM500 dibayar Jun

PUTRAJAYA 17 Mac – Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi membantu 2.4 juta penerima yang kehilangan punca pendapatan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada golongan B40, dan tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah. Kedua-dua kategori ini, melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan. Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan Perkeso. Bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun…

Read More

Harga siling RON95 ditetapkan RM2.05

PUTRAJAYA 17 Mac – Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak, harga runcit petrol RON95 dan diesel ditetapkan pada paras harga siling RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu diambil memandangkan harga minyak dunia akan meningkat dan terus menyebabkan kenaikan pada harga runcit petrol dan diesel. “Kerajaan pada masa ini menanggung subsidi pada kadar hampir 30 sen seliter. Ini bermakna Kerajaan menanggung jumlah subsidi bernilai RM3 bilion pada harga semasa,” katanya lagi. Perdana Menteri berkata demikian ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi…

Read More

Peruntukan vaksin kini RM5 bilion

PUTRAJAYA 17 Mac – Kerajaan akan meningkatkan peruntukan khusus untuk pelaksanaan vaksin Covid-19 di negara ini kepada RM5 bilion. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, ia merupakan sebahagian daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion, dengan suntikan fiskal RM11 bilion. Sebelum ini sekitar RM3 bilion diperuntukkan melalui Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada November lepas. Bagi fokus pertama, iaitu mengawal penularan Covid-19, Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai tindakan kesihatan awam untuk membendung Covid-19 di samping memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. “Kerajaan akan…

Read More

PKP ikut lokaliti, kluster

PUTRAJAYA 17 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin tidak dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara atau sesuatu negeri sebaliknya mengenakan kawalan pergerakan mengikut lokaliti dan tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini, berkata, ia juga mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Katanya, melalui langkah itu kerajaan akan melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara Ini merupakan sebahagian daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20…

Read More

12 kluster baharu, 429 aktif

PUTRAJAYA 17 Mac – Sebanyak 1,267 kluster direkodkan setakat ini tetapi 838 telah tamat menjadikan 429 kluster masih aktif termasuk 12 kluster terkini yang direkodkan hari ini. Sebelas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan DC, Kluster Ladang Pekan, Kluster Dedap, Kluster Jalan Uda Utama, Kluster Jalan Harun, Kluster Tapak Bina Jalan Cheras, Kluster Persiaran Subang, Kluster Jalan Kasturi, Kluster Senai Murni Empat, Kluster Jalan Lazuardi, dan Kluster Industri Wawasan. Sebanyak 58 kluster merekodkan pertambahan kes baharu dan kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster…

Read More

Peningkatan semula kes di Selangor

PUTRAJAYA 17 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 499 kes (40.9 peratus) berbanding 323 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 406 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 225 kes (18.5 peratus) dan Johor sebanyak 169 kes (13.9 peratus). Selangor: 499 kes  256 kes daripada kluster-kluster, termasuk 156 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Meranti Jaya, Kluster Subang Dua, dan Kluster Jalan Lada Sulah; 150 kes daripada saringan kontak rapat kes positif…

Read More