Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 17 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan sedikit peningkatan apabila merekodkan 393 kes berbanding 354 semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 383,499 dengan tujuh lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,585 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 373,361 orang termasuk 231 orang yang sembuh hari ini.

Kes aktif pula 3,553 dan 566 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Riyadh terus mencatatkan jumlah kes yang tinggi dengan 144 kes diikuti Makkah 80 dan daerah Timur 70 kes.

Related posts

Leave a Comment