Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 17 Mac – Kes sembuh Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan 9,010 orang mengatasi jumlah kes positif harian yang direkodkan  sebanyak 6,825.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 1,266,673 atau 88.1 peratus dari keseluruhan kes manakala kes positif meningkat kepada 1,437,283.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 162 orang meninggal dunia dan menjadikan kumulatifnya 38,915 kematian atau 2.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Terdapat lima wilayah yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu  Jawa Barat 4,150 dan kumulatifnya 204,196, Jakarta 1,124 (351,619), Banten 790 (26,163), Jawa Tengah 748 (116,702) dan Kalimantan Timur 345 (54,068).

Jawa Barat juga mencatat kes positif harian tertinggi iaitu 1,347 kes  dan kumulatifnya 235,990 kes diikuti Jakarta 1,330 (363,700), Banten 861 (33,539), Jawa Tengah 647 (162.802) dan Jawa Timur 321 (135.464).. 

Bagi kes kematian, Jawa Barat sekali lagi mendahului dengan 36 kematian dan kumulatifnya 2,811, Jawa Tengah 29 ( 7,007), Jawa Timur 26 (9,549)  Jakarta 17 (6,118) serta Banten 14 ( 691).  

Jumlah kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan pula berkurangan sebanyak 2,347 kes dengan jumlahnya kini 131,695 atau 9.2 peratus.

Sementara itu, sehingga hari ini, jumlah penerima vaksin meningkat menjadi 4,705,248 orang apabila 236,297 orang lagi menerima suntikan manakala penerima vaksinasi kedua meningkat menjadi 1,876,140 orang.

Related posts

Leave a Comment