PUTRAJAYA 17 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 499 kes (40.9 peratus) berbanding 323 kes semalam.
Daripada jumlah ini, sebanyak 406 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 225 kes (18.5 peratus) dan Johor sebanyak 169 kes (13.9 peratus).
- Selangor: 499 kes
- 256 kes daripada kluster-kluster, termasuk 156 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Meranti Jaya, Kluster Subang Dua, dan Kluster Jalan Lada Sulah;
- 150 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 93 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sarawak: 225 kes
- 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Merpati;
- 142 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 47 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Johor: 169 kes
- 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Hang Tuah, Kluster Kayu Gading, dan Kluster Andromeda (Kluster ini melibatkan empat (4) kes import dari luar negara);
- 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 19 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Pulau Pinang: 69 kes
- 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 38 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 54 kes
- Lima kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Tiga kes import dari luar negara; dan
- 27 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.