Sembilan kes import di Singapura

SINGAPURA 17 Mac – Sebanyak sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumkah keseluruhan 60,137 dengan jumlah kematian kekal 30.

Menurut Kementerian Kesihatan, kesemuanya adalah kes import yang telah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.

Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan buat hari kelima berturut-turut.

Kes melibatkan rakyat Singapura yang pulang dari Indonesia, seorang lagi adalah pemegang pas kerja yang tiba dari Nepal.

Baki tujuh kes merupakan pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, Indonesia, Malaysia dan Filipina, di mana tiga merupakan pembantu rumah asing.

Sementara itu, hari ini, seramai 17 pesakit dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan keseluruhan pesakit yang sembuh daripada Covid-19 kini sebanyak 60,001.

Sebanyak 19 kes masih menerima rawatan di hospital, sebilangan besarnya berada dalam keadaan stabil atau beransur pulih dan tiada yang dirawat di unit jagaan rapi.

Related posts

Leave a Comment