PKP ikut lokaliti, kluster

PUTRAJAYA 17 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin tidak dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara atau sesuatu negeri sebaliknya mengenakan kawalan pergerakan mengikut lokaliti dan tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini, berkata, ia juga mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Katanya, melalui langkah itu kerajaan akan melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara

Ini merupakan sebahagian daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion, dengan suntikan fiskal RM11 bilion.

Berdasarkan perincian yang diberikan, ia merupakan inisiatif utama di bawah Fokus: Mengawal Penularan COVID-19, dan pendekatan PKP Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan secara lebih bersasar bagi mengawal penularan wabak berkenaan, berdasarkan kefahaman tinggi, dan data raya terkumpul.

Menerusi inisiatif berkenaan, Perdana Menteri berkata, ekonomi akan menjadi lebih terbuka, dan bantuan akan menjadi lebih bersasar, termasuk peralihan ke pembaharuan struktur yang lebih berkesan.

Beliau turut menyentuh mengenai inisiatif Penguatkuasaan Perundangan Yang Ketat dan Telus.

“Selaras dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, pematuhan SOP dan penguatkuasaan perundangan yang lebih ketat dan telus akan terus dilaksanakan bagi mengawal penularan wabakCovid-19,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment