360 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 12 Mac – Jika semalam hampir mencecah 400 kes atau lebih tepat 390, hari ini Arab Saudi merekodkan penurunan kepada 360 kes dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 381,708 dengan kes aktif 2,935 di mana 542 dalam keadaan kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa jumlah kematian 6,556. Bagi tempoh yang sama, kes pesakit sembuh meningkat kepada 372,217 orang termasuk 367 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Riyadh terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 174 kes diikuti…

Read More

9 import, satu tempatan di Singapura

SINGAPURA 12 Mac – Sembilan kes import dan satu kes dalam masyarakat dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura 60,080 dan jumlah kematian kekal 29. Menurut Kementerian Kesihatan kes masyarakat melibatkan seorang lelaki warga India, 36 pemegang pas kerja sebagai jurutera IT di Deutsche Bank. Kesnya setakat ini tidak ada kaitan dengan mana-mana kes. Beliau tiba di Singapura pada 16 Januari dan dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus sehingga 30 Januari. Beliau bekerja dari rumah sejak tiba di Singapura dan keputusan ujian Covid-19 yang…

Read More

6,412 kes baharu bawa kes 1.4 juta

JAKARTA 12 Mac – Indonesia mencatatkan 6,412 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari Khamis hingga 12 tengah hari Jumaat) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,410,134. Pertambahan kes baharu itu berikutan hasil pemeriksaan terhadap 56,918 spesimen dalam tempoh 24 jam terakhir. Setakat ini, kes baharu Covid-19 tersebar di 33 provinsi dan hanya satu provinsi yang tidak mengalami penambahan kes iaitu Provinsi Sulawesi Tenggara. Lima provinsi yang mencatatkan kes harian tertinggi adalah Jakarta 1,873 kes, Jawa Barat 1,357, Jawa Tengah 497, Banten 484, Jawa Timur 341. Kes…

Read More

Jangan panik kompaun RM10,000

ALOR SETAR 12 Mac – Masyarakat tidak perlu cemas dan panik dengan kes individu dikenakan kompaun RM10,000 yang tular dalam media sosial, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, nilai kompaun maksimum RM10,000 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula berkuat kuasa semalam, hanya untuk kesalahan berulang. Beliau berkata setiap individu yang dikenakan kompaun seperti itu boleh mengemukakan rayuan, dengan jumlah maksimum hanya dikekalkan terhadap pesalah berulang termasuk pemilik premis hiburan. Katanya, nilai maksimum itu termaktub dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit…

Read More

Thailand catat 81 kes baharu

BANGKOK 12 Mac – Thailand merekodkan 81 kes baharu Covid-19 hari ini, yang menunjukkan peningkatan berbanding 58 kes semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan 26,679 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada jumlah itu, 67 kes adalah jangkitan tempatan manakala 14 lagi adalah kes import. Sebanyak 37 kes dikesan dalam masyarakat dan 30 melalui hospital. Wilayah Samut Sakhon merekodkan 35 kes di mana 21 kes direkodkan dalam komuniti yang melibatkan 16 warga Myanmar dan lima Thai manakala 14 kes lagi di hospital iaitu 13 Myanmar dan seorang Thai. Pathum Thani pula…

Read More

Tambahan 4,578 kes di Filipina

MANILA 12 Mac – Jabatan Kesihatan Filipina mencatatkan tambahan kes positif hari ini dengan 4,578 kes berbanding 3,749 kes semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif setakat pukul 4 petang ini meningkat kepada… Dengan kes aktif 52,012. Sebanyak 272 kes pesakit sembuh juga dilaporkan sekaligus meningkatkan jumlah kumulatif pesakit pulih kepada 546,912 orang atau 89.4 peratus. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 87 orang berbanding 63 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes 12,694 orang.

Read More

10 kluster baharu, 10 tamat

PUTRAJAYA 12 Mac – Sepuluh lagi kluster direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,232 dan daripada jumlah itu, 792 kluster tamat termasuk 10 hari ini. Dengan perkembangan ini, 440 kluster masih aktif dan 60 daripadanya menambah kes baharu. Sepuluh kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Budiman, Kluster Jalan Harmonium, Kluster Batu 38, Kluster Taman Segar, Kluster Industri Bentong Sebelas, Kluster Jalan Pengkalan, Kluster Jalan Firma Tiga, Kluster Jalan Canggih, Kluster Tapak Bina Jalan Panah, dan Kluster Bintang Daily. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster…

Read More

Selangor tambah lagi kes

PUTRAJAYA 12 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (47.7 peratus) berbanding 712 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 694 kes (92.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 173 kes (11.0 peratus) dan Johor sebanyak 135 kes (8.6 peratus). Selangor: 751 kes  134 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tempua, Kluster Jalan Industri Dua, dan Kluster Jalan Kunci Air; 560 kes daripada saringan kontak rapat kes…

Read More

1,575 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 12 Mac – Jumlah kes harian positif Covid-19 yang direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari ini adalah 1,575 kes menjadikan jumlah kumulatif 320,939 dengan kes aktif 17,074. Daripada jumlah itu, terdapat tujuh kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara manakala kes tempatan pula 1,269 warganegara dan 299 bukan warganegara. Sebanyak 69 kes (4.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Persiaran Wawasan (26 kes), Kluster Telok Mas (19 kes), Kluster Tembok Tapah (12 kes), Kluster Penjara…

Read More