Thailand catat 81 kes baharu

BANGKOK 12 Mac – Thailand merekodkan 81 kes baharu Covid-19 hari ini, yang menunjukkan peningkatan berbanding 58 kes semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan 26,679 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada jumlah itu, 67 kes adalah jangkitan tempatan manakala 14 lagi adalah kes import.

Sebanyak 37 kes dikesan dalam masyarakat dan 30 melalui hospital.

Wilayah Samut Sakhon merekodkan 35 kes di mana 21 kes direkodkan dalam komuniti yang melibatkan 16 warga Myanmar dan lima Thai manakala 14 kes lagi di hospital iaitu 13 Myanmar dan seorang Thai.

Pathum Thani pula merekodkan 20 kes iaitu 13 dalam komuniti dan tujuh di hospital yang secara keseluruhan melibatkan 12 Myanmar, enam Thai dan dua Kemboja.

Bangkok dan Tak pula masing-masing merekodkan lima kes.

Bagi kes import pula, 11 adalah mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari Emiriyah Arab Bersatu (2), United Kingdom (2), dan masing-masing satu dari Amerika Syarikat, Belgium, Finland, Filipina, Kazakhstan, Switzerland dan Netherlands.

Tiga lagi warga Myanmar masuk melalui sempadan wilayah Prachuap Khiri Khan.

Daripada 26,679 kes kumulatif, sebanyak 26,056 (97%) kes pulih termasuk 56 yang sembuh hari ini manakala 538 lagi masih di hospital. Jumlah kematian kekal 85.

Related posts

Leave a Comment