6,412 kes baharu bawa kes 1.4 juta

JAKARTA 12 Mac – Indonesia mencatatkan 6,412 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari Khamis hingga 12 tengah hari Jumaat) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,410,134.

Pertambahan kes baharu itu berikutan hasil pemeriksaan terhadap 56,918 spesimen dalam tempoh 24 jam terakhir.

Setakat ini, kes baharu Covid-19 tersebar di 33 provinsi dan hanya satu provinsi yang tidak mengalami penambahan kes iaitu Provinsi Sulawesi Tenggara.

Lima provinsi yang mencatatkan kes harian tertinggi adalah Jakarta 1,873 kes, Jawa Barat 1,357, Jawa Tengah 497, Banten 484, Jawa Timur 341.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 6,851 lagi pesakit disahkan pulih yang membawa jumlah keseluruhan 1,231,454 orang.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 180 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 38,229 kematian.

Sementara itu, sebanyak 3,769,174 orang telah divaksinasi dos pertama termasuk 73,115 hari ini dan 43,747 lagi diberi dos kedua menjadikan jumlah penerima 1,339,362.

Related posts

Leave a Comment