Selangor tambah lagi kes

PUTRAJAYA 12 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (47.7 peratus) berbanding 712 kes semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 694 kes (92.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 173 kes (11.0 peratus) dan Johor sebanyak 135 kes (8.6 peratus).

  • Selangor: 751 kes 
    • 134 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tempua, Kluster Jalan Industri Dua, dan Kluster Jalan Kunci Air;
    • 560 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 57 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 173 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Main Bazaar, Kluster Sena, dan Kluster Buloh Pasi;
    • 106 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 135 kes  
    • 33 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pelepas Dua;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 132 kes 
    • 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lintang Bayan Lepas;
    • 53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 108 kes  
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Laksamana;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 50 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment