360 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 12 Mac – Jika semalam hampir mencecah 400 kes atau lebih tepat 390, hari ini Arab Saudi merekodkan penurunan kepada 360 kes dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 381,708 dengan kes aktif 2,935 di mana 542 dalam keadaan kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa jumlah kematian 6,556.

Bagi tempoh yang sama, kes pesakit sembuh meningkat kepada 372,217 orang termasuk 367 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Riyadh terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 174 kes diikuti daerah Timur 59 dan Makkah 45.

Related posts

Leave a Comment