Kes sembuh atasi positif

JAKARTA 11 Mac – Kes sembuh harian di Indonesia mengatasi jumlah kes positif Covid-19 apabila merekodkan 8,170 pesakit sembuh berbanding kes positif yang merekodkan 5,144. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif sembuh kini meningkat kepada 1,224,603 orang manakala kes positif pula mencecah 1,403,722. Lima provinsi yang merekodkan pertambahan kes sembuh yang tinggi adalah Jawa Barat sebanyak 4,212 kes diikuti Jakarta 903, Kalimantan Timur 469, Papua 425 dan Jawa Timur 375. Bagi kes positif pula, Jakarta mendahului wilayah lain dengan 1,754 kes dengan kumulatif 355,869 diikuti Jawa Barat 781, Kalimantan Timur 438,…

Read More

390 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 11 Mac – Arab Saudi merekodkan 390 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah keseluruhan 381,348. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan enam lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 6,551 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 267 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada pertambahan kes pulih sebanyak 371,850 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 164 kes diikuti daerah Timur 66 kes dan Makkah 48 kes. Terdapat 2,947 kes aktif di mana 538 dalam keadaan kritikal.

Read More

53 tempatan, 5 import di Thailand

BANGKOK 11 Mac – Thailand merekodkan 58 kes baharu Covid-19 melibatkan 53 kes tempatan dan lima kes import menjadikan jumlah kumulatif 26,598. Sebanyak 36 kes direkodkan dalam masyarakat manakala 17 lagi di hospital. Wilayah Samut Sakhon merekodkan 38 kes di mana 26 dikesan dalam komuniti dan 12 di hospital yang keseluruhan melibatkan 31 warga Myanmar dan tujuh Thai. Bangkok merekodkan 10 kes baharu dalam komuniti yang melibatkan tujuh warga Myanmar dan warga Thai, Nigeria dan Kemboja serta dua kes warga Thai di hospital. Tiga lagi kes warga Thai dilaporkan di…

Read More

Filipina catat 3,749 kes baharu

MANILA 11 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 3,749 kes baharu Covid-19, satu peningkatan kes berbanding 2,886 yang direkodkan semalam. Setakat pukul 4 petang ini, secara keseluruhan jumlah kes yang direkodkan setakat ini adalah 607,048. Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 63 lagi pesakit meninggal dunia berbanding 17 semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif 12,608 meninggal dunia. Bagaimanapun kes sembuh meningkat kepada 546,671 orang atau 90.1 peratus apabila 406 lagi pesakit pulih. Kes aktif pula meningkat kepada 47,769 berbanding 44,470 kes semalam.

Read More

440 kluster masih aktif

PUTRAJAYA 11 Mac – Lima kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu kluster berkaitan komuniti dan pusat tahanan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,222 kluster dan daripada jumlah itu 782 telah tamat termasuk 14 hari ini manakala 440 kluster masih aktif. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Taman Bukit Petaling, Kluster Yayasan, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Berhala, Kluster Sri Menanti. Kluster Jalan Pengiran, Kluster Lebuh Karak, Kluster Tapak Bina Jalan Puchong,…

Read More

Ada peningkatan kes di Selangor

PUTRAJAYA 11 Mac – Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 712 kes (43.23 peratus) satu jumlah yang meningkat berbanding 561 kes yang dilaporkan semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 619 kes (86.94 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 170 kes (10.32 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes (10.26 peratus). Selangor: 712 kes  141 kes daripada kluster-kluster, termasuk 31 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan; 478 kes daripada saringan kontak rapat…

Read More

1,647 kes baharu, 5 kematian

PUTRAJAYA 11 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 1,647 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 319,364 dengan kes aktif 17,544. Daripada jumlah itu, 1,642 adalah kes tempatan yang melibatkan 1,102 warganegara dan 540 bukan warganegara manakala kes import melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara. Sebanyak116 kes (7.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes), Kluster Tembok Tapah (38 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Penjara Jalan…

Read More

Kompaun RM10,000 bermula

KUALA LUMPUR 11 Mac – Nilai kompaun bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 mulai hari ini, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador. Beliau berkata, langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 12.01 tengah malam tadi. Bagaimanapun  keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai. Tetapi ia semata-mata untuk menyedarkan orang ramai bahawa virus ini masih berada di mana-mana…

Read More

PRU-15 : Kerjasama itu penting tetapi dengan siapa?

MASIH ingat lagu ini….”Apa yang penting? Kerjasama, Apa yang penting?Kerjasama…” itu lagu Wonder Pets, siri animasi kanak-kanak keluaran Amerika Syarikat yang juga dialih suara dalam bahasa Melayu dan disiarkan TV9 mulai tahun 2008. Kini ‘lagu itu’ sedang dinyanyikan oleh parti-parti politik dalam persiapan mereka menyambut Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Pelbagai versi kerjasama sedang ‘dinyanyikan’ oleh parti politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. UMNO di peringkat Pusat memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu padahal Februari lalu menafikan laporan beberapa media yang mendakwa parti itu tidak akan bekerjasama dengan…

Read More