Filipina catat 3,749 kes baharu

MANILA 11 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 3,749 kes baharu Covid-19, satu peningkatan kes berbanding 2,886 yang direkodkan semalam.

Setakat pukul 4 petang ini, secara keseluruhan jumlah kes yang direkodkan setakat ini adalah 607,048.

Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 63 lagi pesakit meninggal dunia berbanding 17 semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif 12,608 meninggal dunia.

Bagaimanapun kes sembuh meningkat kepada 546,671 orang atau 90.1 peratus apabila 406 lagi pesakit pulih.

Kes aktif pula meningkat kepada 47,769 berbanding 44,470 kes semalam.

Related posts

Leave a Comment