Ada peningkatan kes di Selangor

PUTRAJAYA 11 Mac – Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 712 kes (43.23 peratus) satu jumlah yang meningkat berbanding 561 kes yang dilaporkan semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 619 kes (86.94 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 170 kes (10.32 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes (10.26 peratus).

  • Selangor: 712 kes 
    • 141 kes daripada kluster-kluster, termasuk 31 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan;
    • 478 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 92 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 170 kes  
    • 102 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Masyhur Enam dan Kluster Teknologi Tenggara;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 169 kes 
    • 107 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 168 kes
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 94 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan Covid-19

Related posts

Leave a Comment