1,783 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina setakat pukul 4 petang ini merekodkan 1,783 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 507,717.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 10,116 apabila 74 lagi pesakit meninggal dunia. Jumlah kematian semalam 64.

Kes pesakit sembuh pula adalah sebanyak 500 dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih 467,476 atau 92.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment