53 tempatan, 5 import di Thailand

BANGKOK 11 Mac – Thailand merekodkan 58 kes baharu Covid-19 melibatkan 53 kes tempatan dan lima kes import menjadikan jumlah kumulatif 26,598.

Sebanyak 36 kes direkodkan dalam masyarakat manakala 17 lagi di hospital.

Wilayah Samut Sakhon merekodkan 38 kes di mana 26 dikesan dalam komuniti dan 12 di hospital yang keseluruhan melibatkan 31 warga Myanmar dan tujuh Thai.

Bangkok merekodkan 10 kes baharu dalam komuniti yang melibatkan tujuh warga Myanmar dan warga Thai, Nigeria dan Kemboja serta dua kes warga Thai di hospital.

Tiga lagi kes warga Thai dilaporkan di hospital Nonthaburi, Prachuap Khiri Khan dan Ratchaburi.

Lima kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari

Indonesia, Jepun , Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat manakala satu lagi kes, lelaki Myanmar, 25 yang masuk secara haram melalui sempadan ke Prachuap Khiri Khan.

Daripada 26,598 kes, sebanyak 26,000 dilaporkan sembuh termasuk 513 pesakit yang pulih hari ini manakala 513 lagi masih di hospital. Jumlah kematian kekal 85.

Related posts

Leave a Comment