440 kluster masih aktif

PUTRAJAYA 11 Mac – Lima kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu kluster berkaitan komuniti dan pusat tahanan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,222 kluster dan daripada jumlah itu 782 telah tamat termasuk 14 hari ini manakala 440 kluster masih aktif.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Taman Bukit Petaling, Kluster Yayasan, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Berhala, Kluster Sri Menanti.

Kluster Jalan Pengiran, Kluster Lebuh Karak, Kluster Tapak Bina Jalan Puchong, Kluster Tapak Bina Jalan Chulan, Kluster Sri Muda, Kluster Taman Murni, dan Kluster Taman Ikan Jinak.

Sebanyak 65 kluster menambah kes baharu dan antara yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Queens Waterfront (70 Kes), Kluster Industri Sungai Gadut (68 kes), dan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes).

Lima kluster baharu adalah :

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN KENANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan di Jalan Kenangan, Pekan Meru KU/8, Klang. Sehingga 11 Mac, sejumlah 121 individu disaring, di mana 31 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEKNOLOGI TENGGARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312773) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 11 Mac, sejumlah 146 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MASYHUR ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Masyhur 6, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 11 Mac, sejumlah 173 individu disaring, di mana 52 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DTI MACHAP UMBOO

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan di DTI Machap Umboo di Jalan Alor Gajah-Selandar, Kampung Permai, Alor Gajah. Sehingga 11 Mac, sejumlah 530 individu disaring, di mana 83 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JAMBATAN SATU BOMBALAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-296950) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Jambatan 1, Bombalai, Kalabakan. Sehingga 11 Mac , sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment