1,647 kes baharu, 5 kematian

PUTRAJAYA 11 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 1,647 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 319,364 dengan kes aktif 17,544.

Daripada jumlah itu, 1,642 adalah kes tempatan yang melibatkan 1,102 warganegara dan 540 bukan warganegara manakala kes import melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara.

Sebanyak116 kes (7.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes), Kluster Tembok Tapah (38 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (2 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Kes sembuh pula meningkat kepada 300,620 selepas 2,104 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Sebanyak 147 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 61 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sembilan kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 1,200 kes.

Kes-kes kematian hari ini melibatkan empat kes di Selangor, dua kes di Johor, dan masing-masing satu kes di Perak, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Related posts

Leave a Comment