Kes sembuh atasi positif

JAKARTA 11 Mac – Kes sembuh harian di Indonesia mengatasi jumlah kes positif Covid-19 apabila merekodkan 8,170 pesakit sembuh berbanding kes positif yang merekodkan 5,144.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif sembuh kini meningkat kepada 1,224,603 orang manakala kes positif pula mencecah 1,403,722.

Lima provinsi yang merekodkan pertambahan kes sembuh yang tinggi adalah

Jawa Barat sebanyak 4,212 kes diikuti Jakarta 903, Kalimantan Timur 469, Papua 425 dan Jawa Timur 375.

Bagi kes positif pula, Jakarta mendahului wilayah lain dengan 1,754 kes dengan kumulatif 355,869 diikuti Jawa Barat 781, Kalimantan Timur 438, Jawa Timur 341 dan Jawa Tengah 251,

Sebanyak 117 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 38,049 orang atau 2.7 peratus dari jumlah pesakit positif.

Lima wilayah yang merekodkan kes kematian tertinggi adalah Jakarta 25, Jawa Timur 22, Papua 14, Jawa Tengah 12 dan Kalimantan Timur sembilan kes.

Bagi kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan, jumlahnya adalah 141,070 selepas berlaku penurunan sebanyak 3,143.

Sementara itu, jumlah penerima vaksin hari ini meningkat kepada 3,696,059 berikutan 121,361 lagi mendapat suntikan.

Related posts

Leave a Comment