Arab Saudi catat 390 kes

RIYADH 9 Mac – Arab Saudi merekodkan 390 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 380,572. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian sebanyak 6,539 orang. Kementerian juga merekodkan peningkatan kes sembuh kepada 371,338 orang apabila 306 lagi pesakit dilaporkan pulih. Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 192 kes diikuti daerah Timur 61 kes dan Makkah 58 kes. Sebanyak 2,695 kes aktif dan 515 dalam keadaan kritikal.

Read More

6,389 kes harian Indonesia

JAKARTA 9 Mac – Indonesia merekodkan 6,389 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,392,945. Lima wilayah merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,787 kes diikuti Jawa Tengah 898, Jakarta 867, Jawa Timur 391 dan Papua 360. Bagi kes kematian pula, terdapat 210 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 37,757 orang. Sebanyak 7,496 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 1,210,877 pesakit pulih. Jumlah kasus aktif Covid-19 pula adalah 144,311.

Read More

PKPD Hostel Centennial tamat

KUALA LUMPUR 9 Mac –  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hostel Centennial, Kg Acheh, Manjung, Perak ditamatkan mengikut jadual iaitu esok,  10 Mac, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Keputusan itu dibuat setelah baki kes aktif di lokaliti itu menunjukkan trend penurunan, terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan. Mulai esok juga, kerajaan membenarkan penggambaran di luar studio di kawasan PKPB dan PKPP dengan mematuhi SOP Pembangunan Kandungan Kreatif dan syarat-syarat yang ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). “Selain itu turut dibenarkan persembahan di…

Read More

Pelancongan negeri PKPP ke PKPP

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kerajaan membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke PKPP lain berkuat kuasa esok, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, ia perlu menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar , bukannya menggunakan kenderaan persendirian. “Syarikat agensi pelancongan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM untuk pergerakan rentas negeri, perjalanan mestilah terus ke negeri PKPP. “Ada dua keadaaan, satu PKPP ke PKPP yang bersebelahan, sebagai contoh Pahang PKPP, Terengganu PKPP, jadi dia terus…

Read More

Sembilan kluster baharu

PUTRAJAYA 9 Mac – Sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Setakat ini, jumlah kluster meningkat kepada 1,212 dan daripada jumlah itu 755 telah tamat termasuk 19 hari ini manakala 457 kluster masih aktif. Sembilan belas kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Persiaran Teknologi, Kluster Lestari, Kluster Jalan Masjid, Kluster Senai City Lapan, Kluster Jalan Mohammed Salleh, Kluster Tersat, Kluster Parit Jamil Darat, Kluster Lorong Mawar, Kluster Jalan Tan, Kluster Besi…

Read More

Selangor tunjuk penurunan kes

PUTRAJAYA 9 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi berbanding negeri lain tetapi menunjukkan penurunan angka kepada 464 (36.3 peratus) berbanding 726 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 368 kes (79.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 165 kes (12.9 peratus) dan Sarawak sebanyak 163 kes (12.7 peratus). Selangor: 464 kes  130 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Kilang; 238 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan…

Read More

1,280 kes baharu, 9 kematian

PUTRAJAYA 9 Mac -Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan iaitu kepada 1,280 kes pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 316,269 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat sebanyak dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah sebanyak 18,704 kes. Kes sembuh : 2,345 kes (296,379 kes kumulatif, 93.7%); Kes baharu : 1,280 kes (316,269 kes kumulatif); Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara) Kes tempatan : 1,278 kes…

Read More

Kurangkan pengambilan garam

Petua mengurangkan pengambilan garam antaranya: 1. Utamakan makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar 2. Gunakan bahan makanan segar untuk gantikan makanan siap diproses (terproses) 3. Kurangkan garam, sos dan kicap ketika memasak. Gantikan dengan perisa asli seperti daun limau purut, halia, lengkuas, lemon, serai, bawang, kunyit, lada hitam daun sup/pudina/pandan/kari 4. Periksa label kandungan garam sebelum membeli 5. Elak letak bekas garam di atas meja makan

Read More

Enam kes di Singapura, semua import

SINGAPURA 9 Mac – Sebanyak enam kes baharu Covid-19, kesemuanya kes import dilaporkan hari ini, yang menjadikan jumlah keseluruhan 60,052 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) kesemua kes itu dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura. Tiada kes jangkitan dalam masyarakat atau di asrama pekerja asing dilaporkan. Semalam, Singapura melaporkan 13 kes baharu yang kesemuanya jangkitan import termasuk pemegang pas tanggungan yang tiba dari India dan pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari India. Satu kes pemegang pas kerja yang tiba dari Filipina, tujuh adalah pemegang permit kerja…

Read More

Filipina lepasi angka 600,000 kes

MANILA 9 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini melepasi angka 600,000 apabila 2,668 lagi kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 600,428 kes. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 171 kes sembuh direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih 546,078 atau 90.9 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama, tujuh lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah kematian setakat ini 12,528 orang. Kes aktif pula adalah 41,822 atau 7.0 peratus.

Read More