Filipina lepasi angka 600,000 kes

MANILA 9 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini melepasi angka 600,000 apabila 2,668 lagi kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 600,428 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 171 kes sembuh direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih 546,078 atau 90.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Pada masa yang sama, tujuh lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah kematian setakat ini 12,528 orang.

Kes aktif pula adalah 41,822 atau 7.0 peratus.

Related posts

Leave a Comment