6,389 kes harian Indonesia

JAKARTA 9 Mac – Indonesia merekodkan 6,389 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,392,945.

Lima wilayah merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,787 kes diikuti Jawa Tengah 898, Jakarta 867, Jawa Timur 391 dan Papua 360.

Bagi kes kematian pula, terdapat 210 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 37,757 orang.

Sebanyak 7,496 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 1,210,877 pesakit pulih.

Jumlah kasus aktif Covid-19 pula adalah 144,311.

Related posts

Leave a Comment