Selangor tunjuk penurunan kes

PUTRAJAYA 9 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi berbanding negeri lain tetapi menunjukkan penurunan angka kepada 464 (36.3 peratus) berbanding 726 kes semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 368 kes (79.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 165 kes (12.9 peratus) dan Sarawak sebanyak 163 kes (12.7 peratus).

  • Selangor: 464 kes 
    • 130 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Kilang;
    • 238 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 96 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 165 kes  
    • 80 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Nusa Mega, Kluster Jalan Setia Jaya, dan Kluster Jalan Industri A1;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 163 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 143 kes 
    • 78 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Medan Bayan Lepas;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 119 kes  
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan U-Thant dan Kluster Tapak Bina Jalan Salak;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment