1,280 kes baharu, 9 kematian

PUTRAJAYA 9 Mac -Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan iaitu kepada 1,280 kes pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 316,269 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat sebanyak dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah sebanyak 18,704 kes.

  • Kes sembuh : 2,345 kes (296,379 kes kumulatif, 93.7%);
  • Kes baharu : 1,280 kes (316,269 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,278 kes [919 warganegara (71.9%); 359 bukan warganegara (28.1%)];
  • Kes aktif : 18,704 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 155 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 76 kes; dan
  • Kes kematian : 9 kes (1,186 kes kumulatif, 0.38%; 8 warganegara; 1 bukan warganegara).Sebanyak lima kes (0.4  peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster Jalan Awang (1 kes).Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Sabah, dan Sarawak. Sebanyak lapan kes melibatkan warganegara dan satu kes melibatkan bukan warganegara

Related posts

Leave a Comment