Sembilan kluster baharu

PUTRAJAYA 9 Mac – Sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Setakat ini, jumlah kluster meningkat kepada 1,212 dan daripada jumlah itu 755 telah tamat termasuk 19 hari ini manakala 457 kluster masih aktif.

Sembilan belas kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Persiaran Teknologi, Kluster Lestari, Kluster Jalan Masjid, Kluster Senai City Lapan, Kluster Jalan Mohammed Salleh, Kluster Tersat, Kluster Parit Jamil Darat, Kluster Lorong Mawar, Kluster Jalan Tan, Kluster Besi Cyber.

Kluster Jalan Parit Mesjid, Kluster Lengkok Emas, Kluster Jalan Chester, Kluster Lingkaran Cyber, Kluster Parit Penyengat, Kluster Persiaran Raya, Kluster Tapak Bina Jalan Klang, Kluster Jalan Platinum, dan Kluster Jalan Kerinchi).

Sebanyak 63 kluster merekodkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster Perusahaan 10 (36 kes), Kluster Jalan U-Thant (35 kes), dan Kluster Jalan Nusa Mega (33 kes).

Sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER LORONG KILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Kilang, Petaling Jaya. Sehingga 9 Mac, sejumlah 419 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN NUSA MEGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306813) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega 1, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Johor Bahru. Sehingga 9 Mac, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SETIA JAYA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-314352) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis keraian yang berlangsung di Jalan Setia Jaya Utama, Batu Pahat. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI A1

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Empat (4) kes awal bagi kluster ini (iaitu kes ke-309294, kes ke-309295, kes ke-309296 dan kes ke-309297) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak berdekatan dengan Jalan Industri A1, Muar. Sehingga 9 Mac, sejumlah 31 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER MEDAN BAYAN LEPAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Medan Bayan Lepas, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 428 individu telah disaring, di mana 65 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN U-THANT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan U-Thant, Titiwangsa. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 158 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN SALAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Salak Selatan, Lembah Pantai. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER AMANJAYA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Muda, Pendang, dan Yan di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-295830) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani. Sehingga 9 Mac, sejumlah 61 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI LEMBING

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305866) dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Lembing, Kuantan. Sehingga 9 Mac , sejumlah 135 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment