PM mulakan lawatan ke Saudi

JEDDAH 6 Mac – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan isteri Noorainee Abdul Rahman  tiba di Jeddah pada Sabtu untuk memulakan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi. Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz pada 5.31 petang (10.31 malam di Malaysia) disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Abd Razak Abdul Wahab dan isteri Nor Asimah Petah, serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri Najwa Hasbullah. Lawatan ke negara ini atas jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud. Beliau dan…

Read More

Saudi catat 382 kes baharu

RIYADH 6 Mac – Arab Saudi merekodkan 382 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 379,474 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,524 kematian. Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 370,300 apabila 378 lagi pesakit dilaporkan pulih. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 183 kes diikuti daerah Timur 89, Makkah 43, Madinah 12 dan Hail 10. Terdapat 2,650 kes aktif dan 494 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Read More

12 kes import di Singapura

SINGAPURA 6 Mac – Seorang pembantu rumah warga Indonesia adalah satu-satunya kes dalam masyarakat yang disahkan dijangkiti Covid-19 pada hari ini Wanita berusia 35 tahun itu tiba di Singapura pada 20 Januari lalu dan menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus hingga 3 Februari. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kedua-dua ujian sebelum ini yang dilakukan pada 18 Januari di Indonesia serta swab yang dilakukan pada 2 Februari adalah negatif Covid-19. Beliau tidak menunjukkan simptom, dan hanya diuji positif apabila mengambil satu lagi ujian sebelum keberangkatan pada 4 Mac,…

Read More

Kes sembuh harian atasi kes positif

JAKARTA 6 Mac – Kes sembuh harian Covid-19 mengatasi jumlah jangkitan baharu yang direkodkan Indonesia dalam tempoh 24 jam terakhir – bermula 12 tengah hari semalam sehingga pukul 12 tengah hari ini. Menurut data yang dikeluarkan, kes sembuh meningkat kepada 1,189,510 berikutan 6,823 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala jumlah kes positif yang direkodkan hari ini adalah 5,767 menjadikan jumlah kumulatif 1,373,836. Lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi adalah Jakarta 1,697 dengan kumulatifnya yang tertinggi iaitu 335,545 diikuti Jawa Barat 1,325 (182,453), Banten 719 (23,163), Kalimantan Timur 474 (49,896) dan…

Read More

478 kluster aktif, 4 kluster baharu

PUTRAJAYA 6 Mac – Terdapat empat kluster baharu direkodkan yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja dan  satu melibatkan komuniti menjadikan jumlah keseluruhan 1,191 kluster. Jumlah kluster tamat pula adalah 713 termasuk 14 yang tamat hari ini iaitu Kluster  Industri Kampung Baru, Kluster Jalan Bayu Satu, Kluster Jalan Jelutong, Kluster Bandar Lama, Kluster Desa Tun, Kluster Kampung Tualang, Kluster Bukit Emas. Kluster Tapak Bina Jalan Digital, Kluster Jalan Kiara, Kluster Mandin Jaya, Kluster Kampung Perani, Kluster Bintang, Kluster Jalan Tun Mutalib dan Kluster Tapak Bina Jalan Sungai Besi. Sebanyak 478…

Read More

Selangor tambah 826 kes

SELANGOR mencatatkan pertambahan kes apabila merekodkan 826 kes berbanding semalam 794 dan 630 pada hari sebelumnya. Daripada jumlah ini, sebanyak 737 kes (89.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 221 kes (13.2 peratus) dan Johor sebanyak 139 kes (8.3 peratus). Selangor: 826 kes  238 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lagoon Selatan; 499 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 89 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Sarawak: 221 kes 54…

Read More

205 ingkar prosedur SOP

KUALA LUMPUR 6 Mac – Masih berlaku kesalahan ingkar menggunakan pelitup muka apabila 70 orang didapati melakukan kesalahan berkaitan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur SOP di mana daripada jumlah berkenaan, 193 dikompaun sementara sembilan direman manakala tiga lagi dijamin. Beliau berkata, selain gagal memakai pelitup muka kesalahan lain gagal menyediakan peralatan/ merekod diri/ pelanggan (62), tiada penjarakan fizikal (25), aktiviti pusat hiburan (18) dan merentas daerah/ negeri tanpa kebenaran (16).…

Read More

1,680 kes baharu, 7 kematian

PUTRAJAYA 6 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,680 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 1,677 kes tempatan dan tiga kes import. Daripada 1,677 kes tempatan, sebanyak 1,225 melibatkan warganegara dan 452 bukan warganegara manakala kes import melibatkan bukan warganegara. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisyam Abdullah, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 311,777. Kes aktif pula 21,159 manakala 172 sedang dirawat yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sebanyak 54 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan…

Read More

SPRM minta Natrah bantu siasatan

PUTRAJAYA 6 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta  Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail untuk membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan individu bergelar ‘Datuk Seri’ menyogok Ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk lompat parti. SPRM berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan berkenaan juga diminta tampil memberi aduan kepada badan itu, sekiranya perkara itu benar-benar dianggap rasuah. “Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, mengenai kewajiban melapor transaksi penyogokan. SPRM bersedia untuk menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut,” kata SPRM melalui satu kenyataan. Pada 4 Mac lalu, Natrah mendakwa…

Read More

Thailand 54 kes tempatan 10 import

BANGKOK 6 Mac – Sebanyak 64 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini melibatkan 54 kes tempatan dan 10 import menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand setakat ini sebanyak 26,305. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 29 kes tempatan dilaporkan di hospital manakala 25 lagi pengesanan dalam masyarakat. Daripada 29 kes tempatan di hospital itu, Samut Sakhon, yang menjadi pusat gelombang kedua Covid-19 merekodkan 24 kes, Bangkok dan Tak masing-masing dua kes dan Nonthaburi satu kes. Samut Sakhon turut merekodkan 17 kes yang dikesan dalam masyarakat manakala Bangkok dan Pathum…

Read More