Kes sembuh harian atasi kes positif

JAKARTA 6 Mac – Kes sembuh harian Covid-19 mengatasi jumlah jangkitan baharu yang direkodkan Indonesia dalam tempoh 24 jam terakhir – bermula 12 tengah hari semalam sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menurut data yang dikeluarkan, kes sembuh meningkat kepada 1,189,510 berikutan 6,823 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala jumlah kes positif yang direkodkan hari ini adalah 5,767 menjadikan jumlah kumulatif 1,373,836.

Lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi adalah Jakarta 1,697 dengan kumulatifnya yang tertinggi iaitu 335,545 diikuti Jawa Barat 1,325 (182,453), Banten 719 (23,163), Kalimantan Timur 474 (49,896) dan Jawa Timur 463 (119,664).

Bagi kes positif baharu, Jakarta merekodkan 1,616 kes dan kumulatifnya masih tertinggi iaitu 348,591 kes diikuti Jawa Barat 1,094 ( 221,034), Jawa Tengah 586 (157,343), Kalimantan Timur 396 (57,688) dan Jawa Timur 393 (131,843).

Bagi tempoh yang sama sebanyak 128 lagi pesakit meninggal dunia dengan kumulatifnya meningkat kepada 37,154 orang.

Jakarta merekodkan 44 kematian diikuti Jawa Timur 20, Banten 13, Nusa Tenggara Timur lapan dan Bali lima. Kumulatif tertinggi direkodkan Jawa Timur iaitu 9,277 kes.

Kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan berkurang sebanyak 1,184 kes dan jumlahnya menurun 147,172.

Sementara itu, penerima vaksin di bawah program vaksinasi meningkat kepada 2,552,264 orang berikutan 138,650 orang lagi mendapat suntikan itu.

Related posts

Leave a Comment