Thailand 54 kes tempatan 10 import

BANGKOK 6 Mac – Sebanyak 64 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini melibatkan 54 kes tempatan dan 10 import menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand setakat ini sebanyak 26,305.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 29 kes tempatan dilaporkan di hospital manakala 25 lagi pengesanan dalam masyarakat.

Daripada 29 kes tempatan di hospital itu, Samut Sakhon, yang menjadi pusat gelombang kedua Covid-19 merekodkan 24 kes, Bangkok dan Tak masing-masing dua kes dan Nonthaburi satu kes.

Samut Sakhon turut merekodkan 17 kes yang dikesan dalam masyarakat manakala Bangkok dan Pathum Thani masing-masing empat kes .

Bagi kes import pula, 10 yang dikuarantin selepas tiba di negara ini adalah dariCroatia (2), Emiriyah Arab Bersatu (2), Indonesia (1) Amerika Syarikat (1), Bangladesh (1), Netherlands (1), Myanmar (1) dan Jerman (1).

Daripada 26,305 kes yang dilaporkan, sebanyak 25,686 (97.65%) sembuh termasuk 45 orang yang pulih hari ini manakala 534 masih menerima rawatan.

Jumlah kematian kekal 85.

Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 17,697 orang dalam kumpulan berisiko di 13 wilayah telah menerima suntikan vaksin dos pertama.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15,981, or 90.3%, melibatkan pekerja kesihatan,

Related posts

Leave a Comment