478 kluster aktif, 4 kluster baharu

PUTRAJAYA 6 Mac – Terdapat empat kluster baharu direkodkan yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja dan  satu melibatkan komuniti menjadikan jumlah keseluruhan 1,191 kluster.

Jumlah kluster tamat pula adalah 713 termasuk 14 yang tamat hari ini iaitu Kluster  Industri Kampung Baru, Kluster Jalan Bayu Satu, Kluster Jalan Jelutong, Kluster Bandar Lama, Kluster Desa Tun, Kluster Kampung Tualang, Kluster Bukit Emas.

Kluster Tapak Bina Jalan Digital, Kluster Jalan Kiara, Kluster Mandin Jaya, Kluster Kampung Perani, Kluster Bintang, Kluster Jalan Tun Mutalib dan Kluster Tapak Bina Jalan Sungai Besi.

Sebanyak 478 kluster masih aktif di mana hari ini 72 kluster melaporkan pertambahan kes, antaranya Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud (64 kes), Kluster Jalan Muhibbah (31 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (31 kes).

Berikut empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER LAGOON SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang terletak di Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 6 Mac, sejumlah 34 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

2.        KLUSTER FIRMA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306828) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Firma 2/1, Kawasan Perindustrian Tebrau 1, Johor Bahru. Sehingga 6 Mac, sejumlah 139 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

3.        KLUSTER JALAN HAJI MALEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-283506) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Haji Malek, Taman Kelubi, Jasin. Sehingga 6 Mac, sejumlah 23 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

4.        KLUSTER BUKIT TUNGGAL

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau  di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 300649) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bukit Tunggal, Julau. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 139 individu disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment