205 ingkar prosedur SOP

KUALA LUMPUR 6 Mac – Masih berlaku kesalahan ingkar menggunakan pelitup muka apabila 70 orang didapati melakukan kesalahan berkaitan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur SOP di mana daripada jumlah berkenaan, 193 dikompaun sementara sembilan direman manakala tiga lagi dijamin.

Beliau berkata, selain gagal memakai pelitup muka kesalahan lain gagal menyediakan peralatan/ merekod diri/ pelanggan (62), tiada penjarakan fizikal (25), aktiviti pusat hiburan (18) dan merentas daerah/ negeri tanpa kebenaran (16).

Sebanyak enam premis beroperasi lebih masa/ tanpa kebenaran manakala empat individu keluar rumah tanpa alasan munasabah dan empat orang lagi atas lain-lain kesalahan.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Serumah Daerah Kecil Siburan, Bahagian Serian Sarawak bermula esok sehingga 20 Mac depan.

PKPD itu dilaksanakan selepas 21 penduduk disahkan positif Covid-19.

Related posts

Leave a Comment