SELANGOR mencatatkan pertambahan kes apabila merekodkan 826 kes berbanding semalam 794 dan 630 pada hari sebelumnya.
Daripada jumlah ini, sebanyak 737 kes (89.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 221 kes (13.2 peratus) dan Johor sebanyak 139 kes (8.3 peratus).
- Selangor: 826 kes
- 238 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lagoon Selatan;
- 499 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 89 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sarawak: 221 kes
- 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Tunggal;
- 122 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 45 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Johor: 139 kes
- 75 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Firma Dua;
- 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 26 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.