Kuala Lumpur mendahului

WILAYAH Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 696 kes (39.3 peratus) di mana 567 kes (81.5 peratus) adalah dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam.

Kes kedua tertinggi mengikut negeri ini adalah dari negeri Selangor sebanyak 503 kes (28.4 peratus) dan diikuti dengan Sabah sebanyak 260 kes (14.7 peratus).

Sebanyak 120 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (15 kes), dan Kluster Bakti (6 kes).

Related posts

Leave a Comment