Saudi catat 382 kes baharu

RIYADH 6 Mac – Arab Saudi merekodkan 382 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 379,474 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,524 kematian.

Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 370,300 apabila 378 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 183 kes diikuti daerah Timur 89, Makkah 43, Madinah 12 dan Hail 10.

Terdapat 2,650 kes aktif dan 494 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment