PM mulakan lawatan ke Saudi

JEDDAH 6 Mac – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan isteri Noorainee Abdul Rahman  tiba di Jeddah pada Sabtu untuk memulakan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi.

Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz pada 5.31 petang (10.31 malam di Malaysia) disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Abd Razak Abdul Wahab dan isteri Nor Asimah Petah, serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri Najwa Hasbullah.

Lawatan ke negara ini atas jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Beliau dan isteri akan menunaikan umrah di Makkah dan kemudian melakukan ziarah di Madinah , sebelum memulakan program rasmi sempena lawatan itu.

Perdana Menteri seterusnya akan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai,  Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke UAE sehingga 11 Mac.

Related posts

Leave a Comment