Arab Saudi catat 375 kes

RIYADH 4 Mac – Kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi melepasi 350 kes hari ini apabila merekodkan 375 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 378,708. Kali terakhir jumlah kes harian melepasi 350 adalah pada 25 Februari lalu dengan merekodkan 356 kes. Menurut Kementerian Kesihatan terdapat empat lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,514 orang. Pada masa yang sama, sebanyak 336 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 369,613 orang sementara kes aktif 2,581 di mana 503 dalam keadaan kritikal. Riyadh merekodkan 162 kes jangkitan harian yang…

Read More

Indonesia catat 7,264 kes baharu

JAKARTA 4 Mac – Indonesia hari ini merekodkan 7,264 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,361,098 kes. Daripada 7,264 kes, Jakarta merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 2,000 kes diikuti Jawa Barat 1.731 kes,  Jawa Tengah 591, Kalimantan Timur 512 dan Jawa Timur 404. Kes sembuh pula terus menunjukkan peningkatan apabila 6,440 lagi pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan 1,176,356 orang sembuh. Sementara itu, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 36,897 orang apabila 176 lagi kematian direkodkan. Ketika ini terdapat 147.845 kes aktif Covid-19. Bagi vaksinasi pula,…

Read More

Bersatu perkasa kerjasama PN

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan terus memperkasa gerak kerja bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Pas, STAR, SAPP dan Gerakan berlandaskan perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat bagi memenangi pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin berkata, Bersatu juga berpendirian bahawa Kerajaan PN  pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masih utuh dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada rakyat. Katanya, Bersatu memandang serius kandungan surat yang dihantar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu kerana ia mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama…

Read More

54 kes baharu, 1 kematian

BANGKOK 4 Mac – Satu kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sebanyak 85 orang. Pada masa yang sama Jabatan Kawalan Penyakit turut mengumumkan 54 kes baharu iaitu 44 kes tempatan dan 10 import yang membawa kepada 26,162 orang. Kes kematian melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, serta tinggal di kawasan penularan wabak. Pada 9 Januari dia mengalami sakit tekak dan sesak nafas sebelum disahkan positif Covid-19. Keadaanya semakin teruk pada 12 Januari  dan…

Read More

2,452 kes harian di Filipina

MANILA 4 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 berikutan 2,452 lagi kes direkodkan hari ini. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat pukul 4 petang ini adalah 584,667 kes dengan kes aktif 37,226 atau 6.4 peratus daripada keseluruhan kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 15 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 12,404 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 535,037 atau 91.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes termasuk 266 pesakit yang pulih hari ini.

Read More

Lagi 14 kluster dikesan

TERDAPAT 14 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti. Secara keseluruhan, sebanyak 1,177 kluster dilaporkan dan daripada jumlah itu, 687 telah tamat termasuk 11 yang tamat hari ini iaitu  Kluster Bukit Pasir, Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor, Kluster Kampung Balibata, Kluster Jalan Usaha, Kluster Batu Enam,  Kluster Persiaran Tanjung, Kluster Kampung Pahi, Kluster Jalan Seri, Kluster Taman Bahagia, Kluster Kampung Pulau Jawa, dan Kluster Taman Amalina. Jumlah kluster aktif pula adalah…

Read More

Selangor catat 630 kes

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 630 kes (30.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 526 kes (83.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 361 kes (17.5 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 337 kes (16.3 peratus). Selangor: 630 kes  134 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jasmine Empat, Kluster Lagenda Suria, Kluster Jalan Bukit Tiga, Kluster Jalan Damansara, dan Kluster Industri Subang; 392 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;…

Read More

Sembuh 2,922, kes baharu 2,063

  PUTRAJAYA 4 Mac – Ada peningkatan jumlah kes positif Covid-19 hari ini apabila jumlah direkodkan sebanyak 2,063 berbanding 1,828 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 307,943 dengan jumlah kes aktif  23,161. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mengatasi jumlah kes baharu dengan merekodkan 2,922kes. Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini meningkat kepada 2,063 kes daripada 1,828 kes semalam namun kes sembuh sebanyak 2,922 masih mengatasi kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Perkembangan baharu ini menjadikan kes kumulatif baharu Covid-19…

Read More

UMNO sudah ‘memberi’, apa pula pilihan Pas, Bersatu?

MENARIK untuk dinantikan apakah ‘jawapan’ Majlis Tertinggi (MT) Bersatu berhubung pendirian MT UMNO mengenai kerjasama politik dan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Biro politik Bersatu telah ambil maklum mengenai pendirian UMNO, satu pendirian yang bukannya sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah diketahui umum walaupun tanpa surat rasmi. Cuma ada yang buat-buat tidak tahu. Mungkin jawapannya “Bersatu menghormati pendirian UMNO” berhubung : i : Tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 dan ii: Kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen. Perkara atau pendirian kedua sudah tentu melegakan…

Read More