2,452 kes harian di Filipina

MANILA 4 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 berikutan 2,452 lagi kes direkodkan hari ini.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat pukul 4 petang ini adalah 584,667 kes dengan kes aktif 37,226 atau 6.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 15 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 12,404 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 535,037 atau 91.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes termasuk 266 pesakit yang pulih hari ini.

Related posts

Leave a Comment