54 kes baharu, 1 kematian

BANGKOK 4 Mac – Satu kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sebanyak 85 orang.

Pada masa yang sama Jabatan Kawalan Penyakit turut mengumumkan 54 kes baharu iaitu 44 kes tempatan dan 10 import yang membawa kepada 26,162 orang.

Kes kematian melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, serta tinggal di kawasan penularan wabak.

Pada 9 Januari dia mengalami sakit tekak dan sesak nafas sebelum disahkan positif Covid-19. Keadaanya semakin teruk pada 12 Januari  dan meninggal dunia pada Ahad.

Daripada 54 kes baharu, sebanyak 36 kes disahkan di hospital manakala lapan dalam masyarakat.

Samut Sakhon merekodkan  36 kes baharu, di mana 28 disahkan di hospital, iaitu 17 Myanmar dan 11 Thai manakala lapan lagi dalam komuniti iaitu enam Myanmar dan dua Thai.

Tak merekodkan tiga kes, Bangkok dua kes,  Nakhon Nayok, Pathum Thani  dan Chon Buri.

Sepuluh kes import pula p enam yang dikuarantin sejurus tiba dari

Emiriyah Arab Bersatu (2) dan masing-masing satu kes dari Afrika Selatan , Kuwait, Rusia dan Mesir .

Empat lagi memasuki Thailand melalui sempadan negara dari Malaysia (3) dan seorang dari Myanmar.

Daripada 26,162 kes, sebanyak 25,562 (97.7%) dilaporkan pulih termasuk 79 orang yang sembuh hari ini, sementara 515 masih di hospital.

Related posts

Leave a Comment