Selangor catat 630 kes

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 630 kes (30.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 526 kes (83.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 361 kes (17.5 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 337 kes (16.3 peratus).

  • Selangor: 630 kes 
    • 134 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jasmine Empat, Kluster Lagenda Suria, Kluster Jalan Bukit Tiga, Kluster Jalan Damansara, dan Kluster Industri Subang;
    • 392 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 102 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 361 kes
    • 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 111 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 166 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 337 kes 
    • 274 kes daripada kluster-kluster, termasuk 177 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Queens Waterfront dan Kluster Jalan Bukit Nenas;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 255 kes  
    • 111 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kabel Gemilang, Kluster Jalan Maju Satu, Kluster Jalan Limau Manis, Kluster Batu 21, Kluster Jalan Distripark B6, dan Kluster Persiaran Kempas Baru;
    • 83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 120 kes  
    • 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment