Indonesia catat 7,264 kes baharu

JAKARTA 4 Mac – Indonesia hari ini merekodkan 7,264 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,361,098 kes.

Daripada 7,264 kes, Jakarta merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 2,000 kes diikuti Jawa Barat 1.731 kes,  Jawa Tengah 591, Kalimantan Timur 512 dan Jawa Timur 404.

Kes sembuh pula terus menunjukkan peningkatan apabila 6,440 lagi pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan 1,176,356 orang sembuh.

Sementara itu, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 36,897 orang apabila 176 lagi kematian direkodkan.

Ketika ini terdapat 147.845 kes aktif Covid-19.

Bagi vaksinasi pula, seramai 2,286,123 telah mendapat dos pertama termasuk 181,156 yang disuntik hari ini manakala 1,100,228 dos kedua termasuk 23,819 hari ini.

Related posts

Leave a Comment