Sembuh 2,922, kes baharu 2,063

 

PUTRAJAYA 4 Mac – Ada peningkatan jumlah kes positif Covid-19 hari ini apabila jumlah direkodkan sebanyak 2,063 berbanding 1,828 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 307,943 dengan jumlah kes aktif  23,161.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mengatasi jumlah kes baharu dengan merekodkan 2,922kes.

Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini meningkat kepada 2,063 kes daripada 1,828 kes semalam namun kes sembuh sebanyak 2,922 masih mengatasi kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan baharu ini menjadikan kes kumulatif baharu Covid-19 ialah 307,943 manakala kes sembuh keseluruhan pula 283,629 dengan jumlah kes aktif  23,161.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 2,054 adalah kes tempatan melibatkan 1,419 warganegara manakala 635 kes lagi bukan warganegara serta sembilan lagi kes import yang mendapat jangkitan di luar negara,” katanya pada sidang media perkembangan situasi COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata lima lagi kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini ialah 1,153 kes.

Manakala, sejumlah 193 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)  dengan 99 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment