Lagi 14 kluster dikesan

TERDAPAT 14 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

Secara keseluruhan, sebanyak 1,177 kluster dilaporkan dan daripada jumlah itu, 687 telah tamat termasuk 11 yang tamat hari ini iaitu  Kluster Bukit Pasir, Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor, Kluster Kampung Balibata, Kluster Jalan Usaha, Kluster Batu Enam,  Kluster Persiaran Tanjung, Kluster Kampung Pahi, Kluster Jalan Seri, Kluster Taman Bahagia, Kluster Kampung Pulau Jawa, dan Kluster Taman Amalina.

Jumlah kluster aktif pula adalah 490 di mana 76 kluster menambah kes hari ini dan antara yang tertinggi adalah Kluster Lorong Bakau (90 kes), Kluster Jalan Kebun Nenas (90 kes), dan Tapak Bina Queens Waterfront (87 kes).

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER INDUSTRI SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Batu Tiga Lama, Taman Perindustrian Subang Utama, Shah Alam. Sehingga 4 Mac, sejumlah 171 individu disaring, di mana 47 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LAGENDA SURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Lagenda Suria 3, off Jalan Hulu Langat, Cheras. Sehingga 4 Mac, sejumlah 63 individu disaring, di mana 31 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BUKIT TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 4 Mac, sejumlah 140 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JASMINE EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jasmine 4, Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Sehingga 4 Mac, sejumlah 351 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DAMANSARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pusat beli belah yang terletak di Jalan Damansara, Petaling Jaya. Sehingga 4 Mac, sejumlah 70 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA QUEENS WATERFRONT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 4 Mac, sejumlah 709 individu disaring, di mana 145 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DISTRIPARK B6

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/6, Zon Perindustrian Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU 21

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 21, Jalan Pontian, Kulai. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN KEMPAS BARU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-284695) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac, sejumlah 150 individu disaring, di mana 27 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KABEL GEMILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MAJU SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Maju 1, Taman Perindustrian Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN LIMAU MANIS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kluang dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-306689) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Jalan Limau Manis, Kluang pada 17 Februari 2021. Sehingga 4 Mac, sejumlah 49 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KEBUN NENAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kebun Nenas, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Sehingga 4 Mac, sejumlah 326 individu disaring, di mana 94 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA NILAM SARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Taman Nilam Sari, Temiang, Seremban. Sehingga 4 Mac, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment