378,002 kes di Arab Saudi

RIYADH 2 Mac – Selepas setahun kes pertama dikesan di negara ini pada 2 Mac 2020,, jumlah kes jangkitan kini meningkat kepada 378,002 berikutan tambahan 302 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak lima kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 6,505. Kementerian juga merekodkan 286 kes pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah 368,926. Riyadh terus merekodkan kes tertinggi dengan 136 kes diikuti daerah Timur dengan 78 kes dan Makkah 37. Kes aktif pula sebanyak 2,571 kes di mana  486 kritikal..

Read More

Indonesia terima tambahan 10 juta dos

JAKARTA 2 Mac – Indonesia menerima tambahan 10 juta dos vaksin Covid-19 dalam bentuk pukal dari Sinovac yang tiba di lapangan terbang Soekarno-Hatta hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 38 juta dos vaksin. Sepuluh juta vaksin itu dibawa dalam enam envirotainer dengan dua unit truk ke Bio Farma di Bandung untuk diolah dan dikeluarkan oleh BUMN farmasi PT Bio Farma. Indonesia berharap dapat melaksanakan vaksinasi yang menyasarkan 181..5 juta warga Indonesia. Selain vaksin Covid-19 dari Sinovac, pemerintah juga telah memperoleh komitmen  dari perusahaan farmasi AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, serta Novavax. Setakat ini, sebanyak…

Read More

Lapan kes import di Singapura

SINGAPURA 2 Mac – Singapura melaporkan lapan kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang kesemuanya adalah kes import dan tidak bergejala. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,956 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) kes import itu melibatkan seorang pemegang pas pelajar yang tiba dari Bangladesh dan seorang pemegang pas kerja dari India. Lima lagi adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia dan Filipina, dengan empat daripada mereka adalah pembantu rumah asing. Satu lagi kes  melibatkan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Indonesia untuk mengunjungi saudara-mara…

Read More

489 kluster masih aktif

PUTRAJAYA 2 Mac – Masih ada 489 kluster aktif di mana 75 merekodkan pertambahan kes baharu manakala tujuh kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,152 kluster. Daripada tujuh kluster baharu itu,  enam berkaitan tempat kerja dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Sebanyak 663 kluster tamat termasuk enam yang tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Kluang, Kluster Taman Sejahtera, Kluster Jalan Labuk, Kluster Jalan Ragum, Kluster Industri Indah, dan Kluster Jalan Mega. Sementara itu 75 kluster menambah kes baharu, antaranya yang tertinggi adalah Kluster Industri Sungai Gadut (56 kes),…

Read More

Kes di Selangor naik

SELANGOR mendahului jumlah kes jangkitan harian dengan angkanya naik kepada 672 kes berbanding 453 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 573 kes (85.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 163 kes (10.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 159 kes (10.2 peratus). Kes positif 1,555 kes Covid-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Mac 2021 adalah seperti berikut:  Selangor: 672 kes  143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Alam, Kluster Sementa 27,…

Read More

Kes sembuh atasi kes baharu

PUTRAJAYA 2 Mac – Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lepas turun kepada 1,555 berbanding 1,828 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 304,135 dengan kes aktif sebanyak 24,563. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 1,552 kes melibatkan penularan dalam negara. Kes import melibatkan tiga bukan warganegara manakala kes tempatan membabitkan 1,108 warga negara dan 444 bukan warga. “Kes sembuh harian pula mencatat 2,528 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh setakat hari ini sebanyak…

Read More

PKP diganti, belum boleh rentas negeri

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang berakhir pada Khamis ini digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 18 Mac, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes Covid-19 menunjukkan trend penurunan dengan kadar kebolehjangkitan yang menurun daripada 1.2 kepada 0.8 peratus. Sementara itu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan status PKPB. Ismail Sabri menambah, enam lagi negeri iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar…

Read More

Majlis sosial dibenarkan

KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan membenarkan semua majlis sosial termasuk membabitkan perkahwinan, pertunangan, pernikahan dan sambutan ulang tahun di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kawasan PKPB, kapasiti tetamu ditetapkan sehingga 50 peratus keluasan premis manakala bagi kawasan PKPP, mengikut keluasan premis dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Katanya, semua majlis rasmi, tidak rasmi, kerajaan, majlis sosial seperti majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan ulang tahun dan reunion adalah dibenarkan. Bagi majlis perkahwinan di rumah pula kata Ismail…

Read More

2,067 kes harian Filipina

MANILA 2 Mac – Filipina mencatatkan 2,067 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 580,442 kes. Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan 47 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 12,369 kematian. Jumlah pesakit yang pulih dari jangkitan pula meningkat kepada 534,463 atau 9.1 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini 144 lagi pesakit sembuh. Kes aktif pula adalah 33,610 atau 5.8 peratus.

Read More

Thailand catat 42 kes, 1 kematian

BANGKOK 2 Mac – Thailand merekodkan satu kematian hari ini dengan 42 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 84 kematian dan 26,073 kes. Daripada 42 kes, sebanyak 35 adalah laporan dari hospital, empat dikesan ketika pengesanan aktif dan tiga lagi semasa ketibaan dari luar negara. Kes kematian pula melibatkan seorang warga Thai berusia 92 tahun di wilayah Pathum Thani. Dia menghidap diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Pada 11 Februari lelaki itu membeli barang darupada seorang vendor wanita yang sudah dijangkiti di pasar Pornpat dalam daerah Thanyaburi. Dia kemudian mengalami…

Read More