489 kluster masih aktif

PUTRAJAYA 2 Mac – Masih ada 489 kluster aktif di mana 75 merekodkan pertambahan kes baharu manakala tujuh kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,152 kluster.

Daripada tujuh kluster baharu itu,  enam berkaitan tempat kerja dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Sebanyak 663 kluster tamat termasuk enam yang tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Kluang, Kluster Taman Sejahtera, Kluster Jalan Labuk, Kluster Jalan Ragum, Kluster Industri Indah, dan Kluster Jalan Mega.

Sementara itu 75 kluster menambah kes baharu, antaranya yang tertinggi adalah Kluster Industri Sungai Gadut (56 kes), Kluster Jalan Muhibbah (49 kes), dan Kluster Jalan DPB Enam (36 kes).

Berikut tujuh kluster baharu yang dikenal pasti  iaitu:

  • KLUSTER TAMAN ALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Taman Alam Megah, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 171 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan di Jalan Mawar, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 2 Mac, sejumlah 72 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SEMENTA 27

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Sementa 27/91, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Mac, sejumlah 86 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DPB ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan DPB/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 2 Mac, sejumlah 80 individu disaring, di mana 36 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN CYBER SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-297162) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Cyber 1, Kawasan Perindustrian Senai 3, Kulai. Sehingga 2 Mac, sejumlah 63 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN BAYAN INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271613) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Persiaran Bayan Indah, Barat Daya. Sehingga 2 Mac, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BUKIT BLOSSOMS

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-300101) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan pra prosedur. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Jalan Bukit Blossoms 10, Taman Bukit Blossoms, Seremban. Sehingga 2 Mac, sejumlah 40 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment