2,067 kes harian Filipina

MANILA 2 Mac – Filipina mencatatkan 2,067 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 580,442 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan 47 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 12,369 kematian.

Jumlah pesakit yang pulih dari jangkitan pula meningkat kepada 534,463 atau 9.1 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini 144 lagi pesakit sembuh.

Kes aktif pula adalah 33,610 atau 5.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment